Mbah Mentil 75 tahun maut disumbat tudung oleh kekasih muda
Agensi
Februari 16, 2019 10:08 MYT
Februari 16, 2019 10:08 MYT
Nenek berusia 75 tahun ditemui mati dengan mulut disumbat kain tudungnya dipercayai dibunuh.
Menerusi laporan Tribuns News, warga emas yang berniaga barang terpakai di Pasar Setono Betek, Kota Kediri di Jawa Timur ini disyaki dibunuh kekasihnya sendiri, Dedyk Asmawan atau Glowor.
Pemuda itu disyaki melakukan jenayah itu bersama seorang lagi rakannya, Ahmad Setiawan, juga berusia 26 tahun.
Kedua-dua pelaku telah ditangkap pada Khamis di rumahnya masing-masing.
Sukinem atau Mbah Mentil didapati menjalin hubungan cinta dengan pemuda berusia 26 itu sejak tahun 2013.
Ketua Polis, Anthon Haryadi mengatakan motif pembunuhan tersebut kerana pelaku ingin memiliki harta mangsa.
"Motif pembunuhan ini pelaku ingin memiliki perhiasan dan wang milik mangsa. Selain mengambil perhiasan, pelaku juga mengambil surat perhiasan," terang Anthon.
Pemuda itu disyaki melakukan jenayah itu bersama seorang lagi rakannya, Ahmad Setiawan, juga berusia 26 tahun yang turut ditahan.
Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan berhubung kes pembunuhan itu selepas menemui beberapa bahan bukti di kediaman suspek.
Hasil bedah siasat mendapati, Sukinem maut akibat dicekik.
Pelaku sudah mengetahui mangsa biasa menyimpan perhiasan dan suratnya kerana suspek bertemu mangsa tiga hingga empat kali sebulan.
Sukinem dikatakan memiliki pelbagai barang kemas menyebabkan kekasihnya itu hilang pertimbangan sehingga sanggup membunuhnya.
Terdahulu, mangsa ditemui mati di sebuah bilik di kawasan Pasar Setonobetek, Kediri, Jawa Timur pada 28 Januari lalu.
#hilang
#jenayah
#mangsa
#mati
#maut
#nenek dibunuh
#pemuda
#perkosa
#polis
#rogol
#siasatan
#suspek
#warga emas