Mayon kembali aktif, 74,000 penduduk terjejas
Agensi
Januari 25, 2018 08:12 MYT
Januari 25, 2018 08:12 MYT
GUNUNG berapi Mayon yang paling aktif di Filipina dikesan memuntahkan lava berwarna merah, kepulan asap dan abu pada Khamis
Letusan terbaharu gunung berapi Mayon itu telah memberi kesan kepada 74,000 penduduk yang tinggal berhampiran lokasi di Albay, tenggara Luzon, Filipina.
Susulan itu, satu lagi tahap amaran berbahaya dikeluarkan sejak minggu lalu berikutan letusan yang boleh berlaku lagi.
Mayon yang aktif sejak minggu lalu mengeluarkan abu dan asap capai ketinggian kira-kira lima tiga meter ke udara.
Tiada kecederaan dilaporkan dan pasukan keselamatan berusaha membantu para penduduk dan pelancong keluar dari zon berbahaya.
Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina meramalkan letusan gunung berapi Mayon boleh berlarutan sehingga dua ke empat bulan.
Sehubungan itu, pihak berkuasa Filipina sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga melibatkan aspek keselamatan penduduk.
Kali terakhir Mayon meletus pada Mei 2013 mengakibatkan empat pendaki Eropah terkorban.