Mayat warga Jerman dipenggal militan Abu Sayyaf ditemui

Agensi
Mac 5, 2017 20:03 MYT
Kantner diculik November lalu ketika belayar bersama rakan wanitanya di perairan Sabah. - Foto REUTERS/Nickee Butlangan
Mayat Juergen Gustav Kantner, pelancong warga Jerman yang dibunuh militan Abu Sayyaf ditemui tentera Filipina di Barangay Buansa, Sulu.
Kantner, dipenggal kepalanya minggu lalu selepas tempoh tuntutan wang tebusan yang ditetapkan militan itu berakhir Ahad lalu.
Kantner diculik November lalu ketika belayar bersama rakan wanitanya di perairan Sabah.
Rakan wanitanya itu bagaimanapun dibunuh dan mayatnya ditemui dalam kapal layar di Pulau Laparan, di Sulu.
Kejadian mengulangi insiden serupa tahun lalu apabila militan berkenaan memenggal kepala dua warga Kanada juga atas sebab sama.
Ketika ini dilaporkan lebih 20 warga asing dan tempatan abu sayyaf jadi tahanan abu sayyaf di selatan Filipina.
#dipenggal #Filipina #Juergen Gustav Kantner #militan Abu Sayyaf #Pulau Laparan #Sulu #warga jerman
;