Mayat, serpihan pesawat tentera Myanmar ditemui di laut - Tentera
Agensi
Jun 8, 2017 11:50 MYT
Jun 8, 2017 11:50 MYT
Mayat penumpang serta serpihan pesawat yang dilaporkan hilang di laut Andaman bersama 122 anggota tentera semalam telah ditemui di laut hari ini.
Menurut kenyataan pihak tentera di laman Facebook, tiga mayat, termasuk dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak, ditemui 35km (22 batu) dari selatan pesisiran bandar Launglon oleh sebuah kapal laut, kata pihak tentera.
Tayar pesawat Y-8-200F buatan China turut ditemui, menurut kenyataan pihak tentera.
Semalam media melaporkann sebuah pesawat tentera Myanmar dengan lebih 100 orang, termasuk anggota tentera dan ahli keluarga, dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan dari bandar pesisiran pantai Myeik ke Yangon.
Pesawat itu berlepas dati Myeik pada jam 1.06 petang waktu tempatan dalam jadual penerbangan mingguan, lapor Reuters.
Pesawat itu terputus hubungan 29 minit setelah berlepas, dan berada di ketinggian 18,000 kaki di atas Laut Andaman, iaitu kira-kira 70 kilometer dari barat bandar Dawei.