Mayat remaja ketiga ditemui dalam kejadian penembak curi di Pattani

Bernama
Jun 18, 2017 21:48 MYT
Anggota keselamatan Thailand berkumpul sebelum memulakan misi mencari seorang remaja berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang selepas dia dan empat rakannya yang lain ditembak ketika berburu di Kampung Tolang, Yaring tengah hari semalam. - Foto Bernam
Pihak berkuasa Thailand menemui satu lagi mayat remaja yang ditembak penyerang tidak dikenali ketika berburu di Kampung Tolang, Yaring di wilayah bergolak itu pagi semalam.
Penemuan mayat remaja lelaki berusia 13 tahun itu kira-kira 10 pagi tadi waktu tempatan, menjadikan angka korban insiden tembakan itu kepada tiga orang.
"Mayat mangsa yang hilang itu ditemui kira-kira 120 meter daripada tempat kejadian. Terdapat kesan tembakan di bahagian badan dan kepala mangsa," kata Ketua Polis Yarang Kol Monteri Kongwadmai hari ini.
Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan tentang motif kejadian yang berlaku pada 11.50 pagi itu, dan telah menemu ramah dua remaja yang terselamat dalam kejadian tersebut.
Kedua-dua remaja yang terbunuh semalam berusia 18 dan 19 tahun, dan katanya kesemua remaja itu berasal dari Panarek, Pattani.
-- BERNAMA
#mangsa #mayat #Pattani #tembak #Thailand
;