Mayat Ratu Cantik Honduras ditemui

Astro Awani
November 20, 2014 01:58 MYT
Maria Jose Alvarado (kanan) dan kakaknya, Sofia Trinidad, hilang selepas dilihat kali terakhir di sebuah majlis hari jadi di utara bandar Santa Barbara. - Gambar AFP
Mayat Ratu Cantik Honduras, Maria Jose Alvarado dan kakaknya Sofia Trinidad, ditemui hampir seminggu selepas mereka dilaporkan hilang.
Kedua-duanya hilang selepas dilihat kali terakhir di sebuah majlis hari jadi di utara bandar Santa Barbara.
"Semasa ditemui di Sungai Aguagua, Kampung Cablotales, mayat kedua-dua mangsa ada kesan tembakan."
Polis berkata, dua lelaki diberkas, dengan salah seorang daripadanya yang merupakan teman lelaki Sofia, mengaku membunuh dan menanam mayat dua beradik itu.
Alvarado, dimahkotakan Ratu Honduras Mac lalu dan dijadual bertanding dalam Ratu Dunia di London bulan depan.
Honduras disenaraikan antara negara yang mencatatkan kadar jenayah paling tinggi di dunia.
Dianggarkan, dalam 100 ribu orang, 90 hingga 95 orang daripadanya mati dibunuh sama ada oleh geng samseng atau berkaitan jenayah dadah.
#Honduras #Maria Jose Alvarado #ratu cantik #Sofia Trinidad