SELEPAS dua hari, mayat pelakon cantik Thailand, Tangmo Nida, 38, akhirnya dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan pada Sabtu.
Mayat Nida ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.
Abang Nida, Dayos Detjob, 44, merupakan individu pertama yang mengesan jasad mangsa berdasarkan pakaian yang dipakai adiknya sebelum memaklumkan perkara terbabit kepada pasukan penyelamat yang tiba di lokasi kejadian.
"Saya datang untuk membawanya pulang ke rumah," katanya memetik laporan Bangkok Post.
Aktres yang pernah membintangi filem The Flying Leaf itu dipercayai terjatuh ke dalam sungai pada 11 malam Khamis lalu ketika menaiki perahu di Sungai Chao Phraya bersama-sama enam rakannya dari Krung Thon Bridge ke Rama VII Bridge.
Menurut laporan media tempatan, Tangmo duduk di bahagian paling belakang sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai. Malangnya Tangmo tidak memakai jaket keselamatan.
Mayat dibawa ke Police General Hospital untuk bedah siasat.
Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Sat Feb 26 2022
Mayat Nida ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh. - Astro Gempak
Gajah jinak Pian, Rambai curi tumpuan pengunjung program MADANI Rakyat
Pian dan Rambai yang masing-masing berumur 50 dan 41 tahun dibawa dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang.
EURO 2024: Belanda bangkit benam Turkiye untuk ke separuh akhir
Belanda akan berdepan cabaran skuad The Three Lions dalam saingan peringkat separuh akhir saingan EURO 2024 minggu depan.
Festival kontroversi larian lembu di Pamplona, Sepanyol sedang berlangsung
Larian lembu itu adalah sebahagian daripada Festival San Fermin selama 9 hari yang diadakan di bandar itu pada awal Julai setiap tahun.
Seorang maut, dua cedera nahas dua kereta di Tanjung Tualang
Mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak perubatan.
Nenggiri perlukan 'sentuhan' kerajaan pusat - UMNO Gua Musang
Penduduk di kawasan DUN Nenggiri perlu memberikan peluang dan kepercayaan kepada BN untuk berkhidmat di kawasan itu.
Piala FA: Selangor mara ke separuh akhir selepas tempuh aksi dramatik
Selangor FC mara ke separuh akhir Piala FA menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 ke atas Kuching City FC selepas kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 4-4 sebaik tamat masa sebenar perlawanan sepa
Abdul Majid tokoh Maal Hijrah Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan penganugerahan itu kepada Abdul Majid.
PRK Sungai Bakap: PKR ambil kekalahan PH sebagai tekad bermuhasabah diri
PKR menyahut keputusan PRK Sungai Bakap malam tadi sebagai tekad untuk bermuhasabah diri.
Yakin Shereen mampu terus menyinar - Muhammad Azeem
Muhammad Azeem mengakui Shereen seorang atlet hebat dan berpeluang beraksi di Sukan Olimpik pada masa akan datang.
Kerajaan perlu tumpu pewujudan ekonomi baharu tampung keperluan golongan muda
Kebanyakan maklum balas yang diterima daripada golongan belia adalah berkaitan peluang pekerjaan, gaji, kemudahan fasiliti dan pendidikan.
Teman wanita mati dengan 20 kesan tikaman, aktor popular Thailand ditahan
Polis yang tidak yakin dengan pengakuan suspek telah menahannya untuk siasatan lanjut dan meneruskan pendakwaan.