Mayat mangsa rogol di India, disemadi

Astro Awani
Disember 30, 2012 13:19 MYT
Mangsa rogol warga India yang meninggal dunia di Singapura, tiba di New Delhi pada pagi Ahad.
Mayat mangsa dibawa pulang dengan ambulans dengan diringi anggota keluarga.
Bagi mengelak sebarang kemungkinan, kawalan di kawasan kediaman mangsa dikawal ketat anggota keselamatan.
Sejurus selepas dibawa pulang, mayatnya dibakar.
Mangsa seorang pelajar perubatan 23 tahun meninggal dunia selepas 2 minggu bertarung nyawa akibat kecederaan organ dalaman yang serius.
Dia dirogol dalam bas dan kemudian dihumban keluar sewaktu pulang menonton wayang pada 16 Disember lalu.
Selepas 10 hari dirawat di sebuah hospital di Delhi, mangsa yang mengalami kecederaan organ yang teruk diterbangkan untuk mendapat rawatan di hospital Mount Elizabeth di Singapura.
Bagaimanapun kecederaan teruk yang dialami semakin buruk sejak Khamis lalu dan pada awal pagi Sabtu mangsa menghembus nafas terakhir.
#dibakar #India #mangsa #New Delhi #rogol
;