Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain

Agensi
Mei 18, 2024 09:20 MYT
Beberapa migran yang terkandas di sempadan antara negeri Chihuahua dan Texas memberitahu, penemuan mayat itu mencetuskan ketakutan di kalangan mereka yang menunggu untuk masuk ke Amerika Syarikat. - Gambar Reuters
CHIHUAHUA: Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Tambah kenyataan, tubuh mayat itu milik seorang lelaki berusia antara 30 hingga 35 tahun yang dilaporkan meninggal dunia pada sebelah pagi.
Migran dari Guatemala, Miguel Angel yang merupakan saksi kejadian berkata terkejut melihat keadaan mayat lelaki yang mengalami pendarahan hidung.
"Saya bangun dan saya melihat lelaki itu dengan hidungnya berdarah. Tetapi saya tidak tahu apa yang telah berlaku kepadanya.
"Dia berada di sana seorang diri. Saya tidak tahu apa yang berlaku, jika mereka memukulnya atau adakah dia sakit, saya tidak tahu. Saya melihat bahawa dia tidak bernafas, meninggalkannya di situ dan pergi," katanya.
Dalam masa sama, beberapa migran yang terkandas di sempadan antara negeri Chihuahua dan Texas memberitahu Reuters penemuan mayat itu mencetuskan ketakutan di kalangan mereka yang menunggu untuk masuk ke Amerika Syarikat.
Sementara itu, mayat telah dipindahkan oleh Perkhidmatan Perubatan Forensik untuk menjalani ujian saintifik. - Agensi
#Mexico #AS #migran #mayat lelaki
;