Mayat Emiliano Sala disemadi pada Jumaat

Agensi
Februari 14, 2019 12:29 MYT
KOS menerbangkan mayat mendiang Sala akan ditanggung pemilik Cardiff, Tan Sri Vincent Tan.
SELEPAS hampir sebulan terbunuh dalam tragedi pesawat terhempas, bintang bola sepak kelab Cardiff City, Emiliano Sala akan disemadikan di negara kelahirannya di Argentina pada Jumaat.
Mayat mendiang akan diterbangkan ke Progreso, sebuah bandar kecil di utara Buenos Aires.
Sebaik tiba di Beunos Aires, mayat Sala akan dibawa menggunakan kenderaan menuju ke kampung kelahiran Sala dalam perjalanan yang mengambil masa selama enam jam.
Media antarabangsa melaporkan upacara penghormatan terakhir akan dilakukan di dalam kompleks sukan San Marin de Progreso, kelab bola sepak remaja disertai Sala pada 1994.
Dijangkakan, ramai ahli keluarga, rakan-rakan dan penduduk setempat akan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.
Delegasi dari Cardiff dan Nantes juga dijangka hadir pada upacara pengebumian tersebut.
Kos penerbangan pulang mayat mendiang Sala akan dibiyai oleh pemilik kelab Cardiff, Tan Sri Vincent Tan yang juga jutawan kelahiran Malaysia.
Pada 21 Januari lalu, pesawat yang menerbangkan Sala hilang di Selat Inggeris pada Isnin.
Penyerang terkenal yang baharu sahaja menandatangani kontrak bernilai 17 juta Euro (anggaran RM90 juta) bersama Cardiff City itu, dikhabarkan hilang dari radar ketika berada di dalam penerbangan dari Perancis ke Cardiff menaiki sebuah pesawat ringan jenis Piper FA-46 Malibu.
Usaha pencarian menemui bangkai pesawat dinaiki Sala pada 3 Februari lalu.
BACA: 'Pesawat seperti mahu pecah, saya sangat takut' - Pesanan terakhir Sala
BACA: Pesawat bawa pemain termahal Cardiff City hilang, dikhuatiri terhempas
BACA: Pesawat bagai nak runtuh, mesej terakhir Emiliano Sala
#Cardiff City #Emiliano Sala #pemain bola sepak
;