Mayat dua beradik dalam beg, ibu ditahan

Agensi
September 15, 2022 18:21 MYT
Bulan lalu, mayat dua kanak-kanak berusia antara lima hingga 10 tahun dilaporkan ditemukan dalam beg pakaian yang dibeli orang awam daripada pusat jualan lelong barangan terpakai di Auckland. - AP
ULSAN: Seorang wanita ditahan di Ulsan, Korea Selatan susulan kes pembunuhan dua anaknya yang mayat mereka ditemukan dalam beg pakaian terbiar di New Zealand bulan lalu.
Pihak berkuasa bagaimanapun belum mahu mendedahkan sama ada ibu berusia 42 tahun itu adalah suspek pembunuhan terbabit atau sebaliknya.
Polis New Zealand sebelum itu memohon kerjasama pihak berkuasa Korea Selatan bagi mengesan wanita terbabit yang dilaporkan tinggal di negara berkenaan.
Dalam masa yang sama, proses untuk mengekstradisi wanita berkenaan sedang dilakukan polis New Zealand bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan.
Mahkamah Tinggi Seoul akan menilai kes berkenaan terlebih dahulu sebelum membenarkan ibu berkenaan diekstradisi.
Antarabangsa | Ibu ditahan di Korea Selatan, diekstradisi ke New Zealand
Polis New Zealand turut memohon pihak berkuasa Korea Selatan menempatkan wanita berkenaan di penjara sehingga proses ekstradisi berjaya dilakukan.
Bulan lalu, mayat dua kanak-kanak berusia antara lima hingga 10 tahun dilaporkan ditemukan dalam beg pakaian yang dibeli orang awam daripada pusat jualan lelong barangan terpakai di Auckland.
Mayat kanak-kanak itu dilaporkan sudah berada dalam beg selama tiga hingga empat tahun yang disimpan di stor penyimpan pusat lelongan itu sebelum dibeli orang awam.
#Korea Selatan #wanita #Pembunuhan #anak #New Zealand
;