Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv

Astro Awani
Februari 22, 2025 11:30 MYT
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi. - Foto REUTERS
TEL AVIV: Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini sekali gus mengancam perjanjian gencatan senjata yang 'goyah' di Gaza.
Hamas sebelum ini memaklumkan, mereka sedang menyiasat kemungkinan berlaku kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel, selepas mayat yang dikembalikan pada Khamis tidak dapat disahkan sebagai Bibas.
Jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee mendakwa, mayat yang diserahkan bukan milik Shiri Bibas dan tidak sepadan dengan mana-mana individu yang diculik semasa proses diagnostik dilakukan.
Sementara itu, pakar Israel mendakwa, mayat itu adalah milik seorang wanita yang tidak dikenali dan bukan mayat Bibas, yang telah diculik bersama anak-anaknya dan suaminya, Yarden, sejak penculikan mereka pada 7 Oktober 2023.
#Hamas #Israel #gencatan senjata #Shiri Bibas
;