Mayat bayi dalam peti ais, dipercayai ditinggalkan bapa setahun lalu
Agensi
Mac 11, 2022 20:44 MYT
Mac 11, 2022 20:44 MYT
KANCHANABURI : Mayat seorang bayi ditemui di dalam peti sejuk peti di sebuah rumah di wilayah Kanchanaburi, Thailand, dipercayai ditinggalkan bapanya sejak lebih setahun lalu.
Mayat bayi berbalut tuala itu ditemui oleh pekerja yang diupah untuk mengubah suai rumah berkenaan yang terletak di daerah Muang, menurut Pol Mej Jen Thawatchai Pongwiwatchai, komander polis Chiang Mai.
Kerja pengubahsuaian itu diuruskan oleh Wirat (bukan nama penuh), 59, yang memaklumkan bahawa ibunya, Srinoi, memiliki rumah tersebut.
Srinoi memberitahu polis dia tinggal di rumah itu tahun lalu bersama seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Uew, 24, yang juga merupakan anak tiri Wirat.
Bayi itu, yang meninggal dunia semasa masih dalam kandungan, merupakan anak Uew bersama teman wanitanya yang tidak dinamakan.
Uew tidak sanggup membakarnya kerana bayi itu adalah anak pertamanya. Dia kemudian memutuskan untuk membekukan mayat bayi itu selepas dia dan teman wanitanya ditahan atas kesalahan mencuri.
Uew kini dilaporkan menjalani hukuman penjara di Chiang Mai.
Srinoi kemudian berpindah ke rumah baharu dan tidak memeriksa dengan teliti apa yang ada dalam peti sejuk, sehinggalah Wirat, yang menetap di Amerika Syarikat, pulang dua minggu lalu dan memutuskan untuk membuat renovasi pada rumah lama ibunya.