Mayat anak perempuan anggota bomba ditemui di bawah runtuhan kondominium Miami
Astro Awani
Julai 2, 2021 04:00 MYT
Julai 2, 2021 04:00 MYT
MIAMI: Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun ditemui di bawah lokasi runtuhan kondominium Champlain Towers South, di Miami, Amerika Syarikat.
Mayat yang ditemui pasukan mencari dan menyelamat merupakan salah seorang daripada dua mangsa yang ditemui di bawah runtuhan bangunan itu.
Datuk Bandar Miami, Francis Suarez mengesahkan kanak-kanak yang belum dimaklumkan namanya itu adalah anak perempuan kepada seorang anggota bomba.
"Dia adalah anggota keluarga pasukan bomba kami," kata Suarez.
Jabatan Bomba Miami terlibat dalam pencarian mangsa di lokasi runtuhan sejak kejadian itu pada Khamis.
#mayat kanak-kanak
#anak perempuan anggota bomba
#Francis Suarez
#runtuhan kondominium
#Champlain Towers South
#Datuk Bandar Miami
#lokasi runtuhan