Mayat amah dalam peti sejuk, Filipina desak Kuwait beri jaminan keselamatan

Agensi
Mei 13, 2018 13:33 MYT
Pada Jumaat Filipina dan Kuwait menandatangani perjanjian baru mengenai hak buruh Filipina di sana. - Foto AP
87 pekerja warga Filipina yang berkerja di Kuwait selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, di sini pada Sabtu.
Arahan pulang itu dibuat Filipina selepas pengharaman warganya ke Kuwait susulan kejadian seorang amah warga negara itu ditemui mati dan mayatnya ditemui di dalam peti sejuk di pangsapuri Kuwait City yang terbengkalai pada Februari lalu.
Kepulangan mereka diiringi Setiausaha Jabatan Buruh dan Pekerjaan, Silvestre Bello dan Jurucakap Presiden, Harry Roque.
Pada Jumaat Filipina dan Kuwait menandatangani perjanjian baru mengenai hak buruh Filipina di sana.
Filipina mengeluarkan satu kenyataan menyatakan perjanjian itu menawarkan "jaminan tambahan bahawa kami meminta rakan-rakan Kuwait kami untuk melanjutkan jaminan keselamatan".
Kenyataan itu turut menambah "lebih daripada 250,000 rakyat Filipina di Kuwait kini boleh mendapat bantuan segera dan berkesan jika diperlukan."
Namun tiada perincian lanjut diberikan dan tiada kenyataan rasmi dibuat Kuwait selepas perjanjian tersebut ditandatangani.
#Filipina #keselamatan #Kuwait #Manila #mati #rakyat
;