May komited tadbir UK bersama 'rakan' demi kejayaan Brexit

Agensi
Jun 9, 2017 21:13 MYT
MAY: Kami akan terus bekerja bersama rakan-rakan dan sekutu kami dalam DUP khususnya.
Perdana Menteri Britain Theresa May pada Jumaat berkata, beliau akan membentuk kerajaan baharu demi mendapatkan kepastian dalam pentadbiran dan seterusnya mengetuai negara tersebut dalam rundingan dengan Kesatuan Eropah (EU) mengenai Brexit.
Di hadapan kediaman rasmi Downing Street, May berkata, beliau membentuk Parlimen melalui sokongan ‘rakan’ daripada Parti Kesatuan Demokratik (DUP) Ireland Utara selepas parti Konservatifnya gagal meraih majoriti.
“Kami akan terus bekerja bersama rakan-rakan dan sekutu kami dalam DUP khususnya.
"Kedua-dua parti ini telah menikmati hubungan yang teguh setelah bertahun-tahun dan ini memberikan saya keyakinan untuk percaya bahawa kami boleh bekerjasama demi kepentingan United Kingdom keseluruhannya,” ujar beliau.
#Brexit #Britain #EU #Perdana Menteri #Theresa May #United Kingdom
;