Mauritania negara terbaharu putuskan hubungan dengan Qatar

Agensi
Jun 7, 2017 09:39 MYT
Negara dari Afrika Barat dan anggota Liga Arab itu menyertai kuasa besar seperti Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu mengambil tindakan yang sama pada Isnin atas alasan Qatar menyokong keganasan. - REUTERS/Stringer
Mauritania menjadi negara terbaharu memutuskan hubungan dengan Qatar atas alasan negara itu memberikan sokongan kepada kumpulan pengganas.
Negara dari Afrika Barat dan anggota Liga Arab itu menyertai kuasa besar seperti Arab Saudi, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu mengambil tindakan yang sama pada Isnin atas alasan Qatar menyokong pengganas dan Iran.
INFOGRAFIK: Krisis diplomatik Qatar
BACA: Ketegangan politik Qatar dan negara Teluk boleh bawa kerugian berbilion dolar
“Qatar mempunyai polisi yang menyokong pertubuhan pengganas dan menjadi ejen propaganda kumpulan pelampau,” menurut satu kenyataan oleh agensi penerangan Mauritania.
“Tindakan menyebabkan kehilangan banyak nyawa di negara-negara Arab, Eropah dan seluruh dunia”.
Selain itu, turut memutuskan hubungan dengan Qatar adalah negara Yaman dan Bahrain.
#Arab Saudi #Iran #Mauritania #Mesir #pengganas #Qatar
;