Mattel perkenalkan patung Barbie dengan sindrom Down
Astro Awani
April 25, 2023 06:30 MYT
April 25, 2023 06:30 MYT
LONDON: Pembuat mainan terkemuka, Mattel memperkenalkan patung Barbie pertamanya dengan Sindrom Down, dalam usaha menjadikan anak patungnya lebih inklusif.
Dalam kenyataan pada Selasa, syarikat itu bekerjasama dengan Persatuan Sindrom Down Kebangsaan di Amerika Syarikat (AS) dalam usaha menghasilkan patung berkenaan.
Patung itu dihasilkan dengan beberapa ciri yang berbeza dengan patung Barbie lain, antaranya badan yang lebih panjang.
Selain itu, wajah anak patung baharu itu juga berbentuk bulat, mempunyai mata berbentuk badam, telinga yang lebih kecil dan hidung yang rata.
Anak patung itu juga dilengkapkan dengan pakaian dihiasi rama-rama dan bunga dalam warna kuning dan biru - warna yang dikaitkan dengan kesedaran Sindrom Down.