Masyarakat Islam di Pattani buat solat hajat untuk mangsa banjir di Malaysia

Bernama
Disember 24, 2021 05:00 MYT
Masyarakat Islam di Pattani, selatan Thailand mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan buat rakyat Malaysia susulan musibah banjir yang melanda. - Gambar hiasan
PATTANI: Masyarakat Islam di Pattani, selatan Thailand mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan buat rakyat Malaysia susulan musibah banjir yang melanda.
Solat hajat itu diimamkan, Iman Besar Masjid Jamek Pattani, Abdul Razak Wangsoh, di Masjid Jamek Pattani selepas solat Jumaat.
"Kami sedih dengan musibah banjir yang melanda Malaysia. Kami di sini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semua rakyat Malaysia yang terjejas.
"Kami berdoa agar keadaan cepat pulih," katanya.
Abdul Razak berkata Masjid Jamek Pattani turut mengumpul bantuan bagi mangsa banjir di Malaysia.
"Bantuan dari Masjid Jamek dan badan bukan kerajaan (NGO) akan diserahkan kepada Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Muhammad Ridzuan Abu Yazid pada Isnin," katanya.
-- BERNAMA
#masyarakat islam #Pattani #solat hajat #banjir
;