Masjid Hagia Sophia adakan solat tarawih pertama selepas 88 tahun
Astro Awani
April 2, 2022 10:45 MYT
April 2, 2022 10:45 MYT
ISTANBUL: Selepas 88 tahun, Masjid Besar Hagia Sophia di Istanbul, Turki mengadakan solat tarawih yang pertama semalam.
Ribuan jemaah hadir untuk mengambil bahagian dalam detik bersejarah itu pada malam pertama bulan Ramadan.
Beberapa acara untuk Ramadan juga akan diadakan di masjid itu, yang diubah suai menjadi muzium pada 1934.
Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid yang dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun itu.
Namun, masjid itu tidak digunakan kerana sekatan COVID-19 di Turki untuk mengelak risiko jangkitan.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Turki memutuskan untuk membuka semula masjid itu pada Ramadan berikutan kebanyakan penduduk sudahpun divaksin dan jumlah kes baharu dan kematian semakin menurun.
Hagia Sophia dibina pada 532 SM. Ia dijadikan masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul.
Sebelum itu ia digunakan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium.
Dari 1453 hingga 1934, atau hampir 500 tahun, ia berfungsi sebagai masjid.