Masjid 840 tahun Mosul, Al-Nuri musnah menyembah bumi
Agensi
Jun 22, 2017 09:41 MYT
Jun 22, 2017 09:41 MYT
Kumpulan militan Daish meletupkan Masjid An-Nuri, masjid utama di Mosul, Iraq yang turut memusnahkan menara ikoniknya yang terkenal sebagai Al-Hadba.
Menara itu berusia lebih daripada 840 tahun.
Masjid yang turut dikenali sebagai Masjid Besar Mosul diisytiharkan oleh Ketua Militan Daish, Abu Bakr Al-Baghdadi pada 2014 sejurus selepas militan menawan bandar kedua tetrbesar di Iraq itu.
Dalam satu kenyataan, militan Daish mendakwa serangan udara yang memusnahkan masjid dan menara itu dilancarkan tentera Amerika Syarikat.
Amerika bagaimanapun menepis dakwaan tersebut.