Masih ada harapan bagi satu lagi keajaiban untuk Yu En bayi prematur
Bernama
Mei 15, 2017 07:30 MYT
Mei 15, 2017 07:30 MYT
Masih ada harapan bagi satu lagi keajaiban untuk Yu En, seorang bayi perempuan prematur yang terselamat dalam kemalangan jalan raya di sini pada Sabtu yang meragut nyawa ibunya Goh Chieh Ting.
Para doktor telah berjaya menyelamatkan janin berusia 24 minggu dalam satu pembedahan sejurus selepas kemalangan tersebut.
Yu En dilaporkan berada dalam keadaan stabil di National University Hospital.
Bayi itu diletakkan dalam inkubator di Unit Penjajaan Intensif Neonatal untuk tempoh tiga hingga empat bulan akan datang, kakak ipar Goh, Nicole Yuen dipetik sebagai berkata oleh akhbar The Straits Times pada Isnin.
"Yu En kehilangan ibunya sehari sebelum sambutan Hari Ibu," kata Yuen.
Goh, 25, dari Johor, hamil enam bulan apabila dia dilanggar oleh sebuah lori ketika melintas jalan di Jurong West Avenue 1 bersama ibu mertuanya kira-kira 8 pagi pada Sabtu.
Ibu mertuanya terselamat dalam insiden itu.
Goh yang mendirikan rumahtangga tahun lepas, dihantar ke Hospital Besar Ng Teng Fong tetapi meninggal dunia pada 9.30 pagi.
Goh dilaporkan mempunyai permit lawatan jangka panjang dan tinggal dekat kawasan kemalangan bersama mertuanya.
Upacara pengebumian diadakan pada Isnin.
-- BERNAMA
#bayi
#bayi prematur
#Hospital
#kemalangan
#meninggal dunia
#National University Hospital
#Singapura
#Yu En