Martha Stewart 'patah hati' selepas disahkan positif COVID-19
Agensi
Jun 23, 2022 08:58 MYT
Jun 23, 2022 08:58 MYT
SELEBRITI televisyen popular Martha Stewart kecewa kerana terpaksa membatalkan hasratnya untuk menghadiri sebuah acara yang dinanti-nantikan selepas beliau disahkah positif COVID-19.
Stewart dalam satu pautan di akaun Instagramnya berkata, dia telah membuat persediaan untuk mengadakan jamuan petang bagi pihak jenama penjagaan kulit kegemarannya.
"Saya bersedih selepas disahkan positif COVID-19. Saya berada dalam keadaan sihat cuma kini menjalani pengasingan," katanya.
Menurut jenama kecantikan Mario Badescu di laman Instagram, "tatkala Mario Badescu baharu saja bermula, jenama itu bertemu dengan seorang wanita muda dan bercita-cita tinggi bernama Martha Stewart. Wanita itu bukan sahaja menjadi ikon Amerika, namun menjadi duta jenama kami dengan kulitnya yang sihat, kebaikan dan berpengetahuan."
Stewart, 80, masih lagi menjadi 'buah hati' kepada jenama popular itu.
"Saya patah hati kerana akan terlepas sambutan 50 tahun keunikan jenama penjagaan kulit ini dan pelancaran "The Martha Facial" - yang merupakan tawaran istimewa selepas 40 tahun saya menggunakannya," tambah Stewart.