Manusia tertua dunia Sister Andre meninggal dunia pada usia 118 tahun
Astro Awani
Januari 17, 2023 07:45 MYT
Januari 17, 2023 07:45 MYT
PARIS: Manusia tertua di dunia, Lucile Randon, dilapor meninggal dunia pada usia 118 tahun.
Pemergian biarawati Perancis itu dimaklumkan kepada agensi berita AFP pada Selasa.
Mendiang meninggal dunia dalam tidurnya di rumah jagaan di Toulon.
"Dengan penuh kesedihan namun ini adalah hasratnya untuk menyertai abangnya yang tercinta.
"Baginya, ia adalah pembebasan," kata David Tavella, dari rumah jagaan Sainte-Catherine-Laboure, kepada AFP.
Randon, yang juga dikenali sebagai Sister Andre, dilahirkan di selatan Perancis pada 11 Februari 1904, ketika Perang Dunia I berbaki satu dekad lagi.