Mantan CEO YouTube dan tokoh penubuhan Google meninggal dunia

Amanz
Ogos 11, 2024 03:20 MYT
Mendiang Wojcicki terlibat dalam penubuhan Google pada tahun 1998 apabila menyewakan garaj miliknya di Menlo Park untuk dijadikan pejabat oleh pengasas Google. -Gambar fail/Reuters
SUSAN Diane Wojcicki yang memegang jawatan CEO YouTube dari tahun 2014 hingga 2023 meninggal dunia semalam pada usia 56 tahun disebabkan kanser.
Pengumuman kematian beliau dilakukan oleh CEO Google Sundar Pichai.
Mendiang Wojcicki terlibat dalam penubuhan Google pada tahun 1998 apabila menyewakan garaj milik beliau di Menlo Park untuk dijadikan pejabat oleh pengasas Google.
Beliau turut menjadi pengurus pemasaran pertama Google pada tahun 1999, dan kemudiannya mengetuai perniagaan pengiklanan dalam talian dan perkhidmatan video.
Selain itu Wojcicki ialah insan yang mencadangkan agar Google membeli YouTube pada tahun 2006.
Beliau dilantik sebagai CEO pada 2014 dan meletakkan jawatan pada Februari 2023 tetapi pada waktu tersebut sebab tidak diberikan tetapi kini didedahkan bagi mendapatkan rawatan.
Ini adalah tragedi kedua melanda keluarga beliau kerana pada Februari lalu, anak lelaki beliau Marco Troper ditemukan meninggal dunia di kampus University of California disebabkan oleh penyalahgunaan dadah berlebihan. -Amanz
#YouTube #Susan Wojcicki #mantan CEO #meninggal dunia