Manila kembali sibuk selepas dua bulan dikenakan sekatan

Agensi
Mei 18, 2020 19:59 MYT
Sebahagian besar ibu kota di Asia Tenggara, kembali sibuk seperti biasa selepas dua bulan dikenakan arahan sekatan akibat COVID-19. - Reuters
Sebahagian besar ibu kota di Asia Tenggara, kembali sibuk seperti biasa selepas dua bulan dikenakan arahan sekatan akibat COVID-19.
Ini termasuk ibu kota Filipina, Manila yang mana suasana di jalan raya dan pusat membeli-belah dipenuhi dengan orang ramai yang cuba menjalani kehidupan normal baharu.
Orang ramai turut dilihat menunggu di luar pusat membeli-belah disamping cuba mematuhi arahan penjarakan sosial.
Ini termasuk menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis kedai-kedai di dalam pusat membeli-belah.
Bagaimanapun, meskipun beberapa sektor perniagaan penting telah dibuka semula, jimnasium, kedai gunting rambut, studio dan tempat rekreasi lain masih ditutup.
Filipina merupakan salah sebuah negara di Asia Tenggara yang paling teruk terjejas akibat COVID-19 yang mana lebih 12,500 jangkitan dilaporkan dengan 824 kematian.
#Asia #COVID-19 #Filipina #koronavirus #Manila
;