Mangsa pertama letupan lombong di China pertama berjaya dikeluarkan
Agensi
Januari 24, 2021 15:18 MYT
Januari 24, 2021 15:18 MYT
SHANDONG : Mangsa pertama letupan lombong emas di Bandar Qixia, Shandong, China berjaya dikeluarkan oleh pasukan menyelamat pada pagi Ahad.
Pekerja lombong itu disahkan masih hidup, namun keadaannya dilaporkan lemah.
Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan susulan.
Lelaki itu berjaya diselamatkan semasa operasi keempat pencarian kesemua 22 pekerja lombong berkenaan.
Pihak berkuasa China dalam pada itu mengesahkan salah seorang daripada 10 pekerja yang dilaporkan berjaya dihubungi sebelum ini disahkan telah meninggal dunia.
Dalam kejadian 10 Januari lalu, 22 pekerja terperangkap selepas berlaku letupan di sebuah tapak melombong emas di Shandong.
Kejadian letupan itu berlaku ketika lombong berkenaan masih dalam proses pembinaan.
Susulan kejadian, pengurus lombong ditahan kerana menunggu sehingga lebih 24 jam untuk membuat laporan mengenai letupan.