Mangsa kebakaran London hadapi masalah penempatan
Astro Awani
Jun 25, 2017 10:00 MYT
Jun 25, 2017 10:00 MYT
Penduduk di Utara London yang diarah berpindah susulan isu keselamatan di pangsapuri berdepan masalah penempatan sementara.
Bagi penduduk, meskipun langkah keselamatan yang diambil itu wajar, namun, dimana mereka harus tinggal dan untuk berapa lama menjadi tanda tanya.
Shirley Phillips yang menetap di Chalcots Estate di Camden diarah berpindah pada Jumaat.
Sepanjang malam, dia hanya duduk di kerusi selepas pihak berkuasa gagal mendapatkan penempatan sementara untuknya.
Pada Sabtu, dia berpindah ke sebuah hotel berhampiran.
Pemindahan penduduk di sekitar London, khususnya di Camden adalah sebagai langkah berjaga-jaga susulan kebakaran Menara Grenfell pada 14 Jun lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 79 nyawa.
Siasatan mendapati, kebakaran berpunca peti sejuk beku selain penebat dan jubin yang menyaluti blok menara kediaman itu gagal melepasi pemeriksaan keselamatan.