Mangsa Gua Tham Luang mungkin berdepan 'cave disease'
Agensi
Julai 11, 2018 06:10 MYT
Julai 11, 2018 06:10 MYT
Mangsa yang diselamatkan pada Selasa setelah terperangkap di Gua Tham Luang di Thailand lebih dua minggu berkemungkinan mengalami jangkitan Histoplasmosis atau lebih dikenali sebagai 'cave disease', menurut laporan ABC News.
Histoplasmosis adalah jangkitan kulat yang berpunca dari penyedutan spora fungus histoplasma capsulatum yang terhasil dari najis kelawar dan burung.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), apa saja bentuk pergerakan tanah boleh menyebabkan kulat dan penyakit itu tersebar.
Penyakit bawaan udara itu disebarkan melalui kulat berbentuk spora yang sangat kecil dan "tidak dapat dikesan dengan mata manusia," kata CDC.
Bagaimanapun, ia tidak berjangkit.
INFOGRAFIK: Wajah-wajah 13 mangsa gua Tham Luang
Histoplasmosis mungkin menjejaskan mereka yang mempunyai sistem imunisasi badan yang lemah, menyebabkan penyakit ini boleh merebak dari paru-paru ke otak.
Walaupun kebanyakan yang terdedah kepada Histoplasmosis tidak mendapat sakit, mereka yang sakit mungkin hanya kelihatan seperti mengalami demam selesema dengan simptom seperti batuk, penat, sakit badan, sakit kepala dan sakit dada.
Satu cara untuk mencegah "penyakit gua" adalah dengan mengelakkan dari masuk ke mana-mana gua yang mempunyai banyak kotoran burung dan kelawar.
#bola sepak
#burung
#Chiang Rai
#Gua
#Histoplasmosis
#imunisasi
#Kanak-kanak
#kelawar
#kulat
#paru-paru
#pemain bola
#penyakit gua
#Perangkap
#selamat
#Simptom
#Thailand
#Tham Luang