Mangsa Ebola di NY semakin pulih

Astro Awani
Oktober 27, 2014 11:46 MYT
Seorang pekerja Bio Recovery Corporation mengangkat barang-barang dari 546 West 147th Street, bangunan apartmen Dr Spencer pada 25 Okt. foto AFP/Bryan Thomas/Getty Images
Susulan penularan wabak Ebola di New York, Craig Spencer, 33, doktor yang dijangkiti virus itu selepas pulang dari Guinea, semakin sembuh selepas mendapat rawatan di sebuah hospital di Manhattan.
Tunang Spencer pula, Morgan Dixon, 30, disahkan bebas Ebola dan dibenarkan meninggalkan Hospital Bellevue itu, tetapi perlu dikuarantin selama beberapa minggu di rumahnya.
Sementara itu, Datuk Bandar New York, Bill De Blasio mengadakan lawatan ke hospital itu pada Ahad.
Semasa kunjungan tersebut, De Blasio memberi jaminan Ebola terkawal di New York dan meminta penduduk metropolitan itu tidak risau dengannya.
Spencer, seorang ahli Doctors Without Borders yang telah pulang ke New York dari Guinea 12 hari lalu, disahkan dijangkiti virus Ebola pada 23 Okt.
#Bellevue Hospital #Craig Spencer #Ebola #Morgan Dixon