Mangsa digantung sekolah selepas dirogol tiga pelajar lelaki

Agensi
Februari 12, 2018 13:11 MYT
Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun digantung sekolah selepas dirogol tiga pelajar lelaki termasuk seorang daripadanya positif HIV. - gambar hiasan
KELUARGA seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di Amerika Syarikat mendakwa anak mereka digantung sekolah selepas mengaku dirogol tiga pelajar lelaki, termasuk salah seorang daripadanya positif HIV.
Pelajar berkenaan membuat aduan tentang kejadian yang berlaku Oktober tahun lalu di tandas Sekolah Tinggi Miami Carol City Senior, Florida, kepada seorang guru.
Namun pengakuan yang dibuat pelajar itu menyebabkan dia digantung persekolahan, menurut laporan saluran berita tempatan, Miami 7 News.
Ibu pelajar yang identitinya dirahsiakan itu memberitahu media, tindakan itu diambil pihak sekolah berdasarkan alasan pelajar perempuan itu tidak menjerit untuk menyelamatkan diri, dan sekolah menganggap ia satu kejadian 'atas kerelaan bersama'.

Just talked with the mom again -- despite daughter writing in statement that she "couldn't breathe, was choking, and crying" mom says school called it consensual and noted she didn't scream or run away. Daughter was suspended. @wsvn https://t.co/adMwX71beJ

— Brian Entin (@BrianEntin) February 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya tidak faham dengan situasi ini. Anak saya terpaksa menghadiri sesi terapi dan tidak boleh tidur. Lebih teruk, pegawai penyiasat memberitahu salah seorang pelajar lelaki itu positif HIV.
"Bagaimana anda mahu menenangkan dan menjelaskan kepada seorang gadis remaja yang dia mungkin akan menghidap penyakit yang tiada penawar?" kata ibu pelajar itu sambil mendakwa, pihak jabatan pendidikan juga menyukarkan proses pertukaran anaknya ke sekolah lain.
Pelajar itu telah pun diberi ubat untuk HIV, namun sama ada dia akan dijangkiti penyakit itu hanya akan diketahui dalam tempoh setahun lagi, lapor portal berita tersebut.
Pentadbir sekolah bersama pasukan polis kini menyiasat kes berkenaan dengan teliti, dan maklumat berkenaan kes telah diberikan kepada Pejabat Peguam Negeri serta Jabatan Kanak-Kanak dan Keluarga (DCF), menurut satu kenyataan yang dikeluarkan sekolah itu kepada media.
#Florida #gantung sekolah #HIV #Miami #pelajar #pendidikan #rogol #rogol bawah umur #rogol berkumpulan #rogol dalam tandas #sekolah tinggi #Sekolah Tinggi Miami Carol City Senior
;