Mangsa buli Keaton Jones terima jersi futbol nama sendiri
Agensi
Disember 13, 2017 14:23 MYT
Disember 13, 2017 14:23 MYT
JIKA sebelum ini pemain futbol Amerika Syarikat, Jarrett Guarantano meluahkan rasa kagum terhadap remaja yang menjadi mangsa buli, Keaton Jones, kini dia berpeluang melawat pejabat mereka.
Keaton melawat ibu pejabat pasukan futbol Tennessee pada Selasa, dua hari selepas Jarrett berjumpa dengannya.
Bukan itu sahaja, malah Keaton berpeluang memiliki jersi dengan namanya 'KRJ' di bahagian belakang.
Beliau turut berpeluang untuk berjumpa bekas jurulatih dan atlet, Phil Fulmer.
Salah seorang pemain futbol pasukan itu, Tyler Byrd, berkongsi video penuh kegembiraan itu menerusi laman media sosial Twitter miliknya.
Sebelum ini, video rintihan remaja yang menjadi mangsa buli kerana rupanya yang dikatakan tidak normal menarik perhatian dan mendapat sokongan ramai.
Turut sama meluahkan sokongan mereka kepada Jones adalah Katy Perry, Chris Evans, Enrique Iglesias, Ryan Seacrest dan Rihanna.