Mangsa banjir lumpur selatan California mula bersihkan kediaman
Agensi
Januari 13, 2018 14:42 MYT
Januari 13, 2018 14:42 MYT
Penduduk Bandaraya Selatan California mula membersihkan kediaman mereka yang dilanda banjir lumpur tempoh hari selepas pasukan mencari dan menyelamat selesai melakukan pencarian .
Sejak kejadian banjir lumpur itu lebih 1,200 anggota dikerahkan untuk melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terlibat dalam tragedi itu.
Montecito adalah kawasan yang paling teruk terjejas dengan kadar populasi penduduknya 9,000 orang.
Kejadian itu dianggap malapetaka paling tragis di kawasan berkenaan selepas meragut 18 nyawa penduduk.
Pasukan SAR sebelum ini berdepan dengan kesukaran disebabkan faktor lumpur yang terlalu tebal untuk meneruskan kerja-kerja mencari mangsa yang masih lagi gagal dikesan.
Malah kesan banjir lumpur itu juga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengambil masa agak lama untuk mengalihkan runtuhan dan bongkah binaan yang besar sekali gus melambatkan proses pencarian.