Manchester City belasah Liverpool 4-1
Astro Awani
Februari 7, 2021 05:41 MYT
Februari 7, 2021 05:41 MYT
MANCHESTER City mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL)
Kelab itu membelasah Liverpool di Anfield dengan empat gol berbalas satu.
Ini adalah kemenangan pertama Manchester City di Anfield sejak 2003.
Perlawanan ini dianggap mimpi ngeri kepada The Reds, susulan prestasi buruk ditunjukkan penjaga gol, Alisson.
Pelawat menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 49, menerusi Ilkay Gundogan.
Gundogan turut menjaringkan satu lagi gol pada minit ke 73.
Sementara dua lagi gol City diledak pada minit ke 76 dan 83.
Manakala gol tunggal tuan rumah dijaringkan hasil sepakan penalti oleh Salah pada minit ke 63.
Kemenangan ini membolehkan City mendahului Manchester United dengan kelebihan lima mata.
#EPL
#Manchester United
#Liverpool
#Manchester City
#Alisson
#Liga Perdana Inggeris
#Anfield
#salah
#Ilkay Gundogan