Mampu selamatkan banyak nyawa, Australia sambut Hari 'Are You Okay?'

Faida Rahim
September 8, 2022 11:49 MYT
Sambutan Hari Are You Okay? ini juga dilaporkan banyak menyelamatkan nyawa penduduk di sana dari membunuh diri.
SYDNEY: Penduduk Australia meraikan Hari ‘Are You Okay?’ pada hari ini (8/9). Hari istimewa ini dirai pada hari khamis kedua setiap bulan September.
Tahun ini, Hari ‘Are You Okay?’ jatuh pada 8 September yang mana seluruh penduduk Australia akan bertanya khabar antara satu sama lain.
Memandangkan penduduk Australia majoriti sibuk dengan kerjaya, sambutan ini merupakan salah satu usaha agar seseorang itu rasa didengari dan disayangi orang sekeliling.
Difahamkan, sambutan Hari ‘Are You Okay?’ ini juga dilaporkan banyak menyelamatkan nyawa individu yang mempunyai keinginan ataupun dalam situasi mahu membunuh diri.
Sambutan ‘Are You Okay?’ bermula selepas kematian Barry Larkin pada 1995. Anak mendiang Barry, Gavin Larkin melakukan sesuatu berbeza sejak kejadian itu dengan bertanyakan soalan ‘Are you okay?’ kepada orang sekeliling. Ternyata usaha itu membuahkan hasil apabila soalan ringkas tetapi penuh makna ini dipilih sebagai sambutan kebangsaan di Australia.
Gavin yang meninggal dunia akibat kanser pada 2011 percaya dengan hanya soalan ‘Are you okay?’ mampu mengubah hari dan kehidupan seseorang.
#Sambutan Australia #Australia #Barry Larkin #Hari Are You Okay
;