Mamalia kecil dipercayai pupus muncul semula selepas 30 tahun

Agensi
November 12, 2019 05:39 MYT
Haiwan bersaiz kecil itu mempunyai bulu berwarna perak di belakang badannya. - AP
SEJENIS spesies rusa kecil yang sangat jarang ditemui dan dianggap telah pupus kini ditemui semula selepas hampir 30 tahun.
Pihak Pusat Pemuliharaan Vietnam pada selasa berkata, haiwan yang dikenali sebagai Chevrotain atau dipanggil sebagai pelanduk Vietnam itu dirakam oleh kamera perangkap di hutan di Selatan Vietnam.
Haiwan bersaiz kecil seperti arnab itu mempunyai bulu berwarna perak di belakang badannya.
Ia juga mempunyai dua taring kecil dan berjalan menggunakan kuku kecilnya.
Kali terakhir spesies itu dilihat pada tahun 1990 adalah di belantara tengah Vietnam.
Disebabkan itu, ia menjadikannya salah satu haiwan paling jarang ditemui di dunia.
Menurut Ahli Konservasi, Chevrotain bukan dari jenis tikus atau rusa walaupun itu nama panggilan yang diberikan oleh penduduk tempatan kepadanya.
Ia adalah mamalia berkuku terkecil di dunia yang sangat pemalu serta hidup bersendirian.
Kebelakangan ini, hidupan liar di Vietnam berdepan beberapa cabaran termasuk pemburuan haram dan kemusnahan habitat akibat pembangunan.
#Chevrotain #kecil #muncul #pupus #rusa #semula #Vietnam
;