'Mama Cycling', Wanita Pertama Kenya berbasikal untuk hadiri Perhimpunan UN-Habitat ke-2

Mohd Dzulfitri Md Yusuf
Jun 6, 2023 19:03 MYT
Kayuhan Wanita Pertama Kenya itu juga merupakan sebahagian komitmen Ruto dalam menggalakkan gaya pengangkutan yang lebih bersih dan selamat di Nairobi. - Gambar Twitter @MaimunahSharif
KENYA: Wanita Pertama Kenya, Rachel Ruto menempuhi cuaca dingin di Nairobi dengan berbasikal dari kediaman Presiden ke Kompleks Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Gigiri, Kenya.
Ketibaan Ruto disambut oleh Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif dan juga Duta Khas PBB untuk Keselamatan Jalanraya, Datuk Jean Todt.
Kayuhan Wanita Pertama Kenya itu juga merupakan sebahagian komitmen Ruto dalam menggalakkan gaya pengangkutan yang lebih bersih dan selamat di Nairobi.
Serentak itu juga Ruto melancarkan Global Alliance of Cities for Road Safety, satu inisiatif untuk mempromosikan keselamatan jalan raya dan pengangkutan yang lestari.
Hari kedua Perhimpunan UN-Habitat sesi kedua di Kenya hari ini tertumpu kepada Sesi Dialog Wanita Pertama yang mengangkat tema Wanita dalam membentuk bandar dan masyarakat.
Sesi itu turut disertai oleh Wanita Pertama Turkiye, Emine Edrogan yang menyampaikan ucapan melalui sesi video.
#sesi video #pengangkutan #Duta Khas PBB #UNHA2
;