Malu ditinggalkan, jutawan upah pembunuh 'korban' isteri

Sinar Harian
September 2, 2020 18:46 MYT
Para penyiasat percaya, jutawan tersebut, John Assaad, 27, bimbang, isterinya akan menuntut aset-aset keluarganya. - Foto Agensi
Gara-gara malu ditinggalkan isteri masing-masing, seorang jutawan dan bapanya bertindak kejam apabila mengupah seorang pembunuh upahan untuk membunuh isteri mereka.
Malah lebih mengejutkan, menurut polis Australia, jutawan Melbourne dan bapanya turut berkonspirasi menghapuskan seorang pastor Kristian yang memberikan kaunseling kepada salah seorang pasangan tersebut supaya meninggalkan suaminya.
Menurut potal berita new.com.au, pada 26 Ogos lalu, Mahkamah Agung Victoria diberitahu bahawa kedua-dua isterinya sudah meninggalkan mereka.
Polis mendakwa si bapa menganggap perpisahan itu membawa aib yang besar dan memalukan keluarganya.
Para penyiasat percaya, jutawan tersebut, John Assaad, 27, bimbang, isterinya akan menuntut aset-aset keluarganya.
Polis mendakwa bapanya telah menyerahkan dokumen peribadi dan gambar mangsa kepada seorang lelaki bagi mengatur pembunuhan itu di sebuah tempat letak kereta.
Dia bersetuju untuk membayar sebanyak A$40,000 (RM121,537) untuk setiap pembunuhan yang dilakukannya.
Hakim kemudian menimbangkan permohonan untuk menetapkan jaminan terhadapnya.
#aset #bunuh diri #John Assaad #kerajaan #lelaki #mahkamah #Mahkamah Agung Victoria #mangsa #Melbourne #pastor Kristian
;