Malindi anak badak sumbu yang mencuit hati

Agensi
Ogos 11, 2018 10:05 MYT
Malindi meluangkan masa hampir sejam berlari, bermain dan berguling di tanah dengan ibunya sebelum tidur.
Mencuit hati! Begitulah telatah Malindi yang buat pertama kali bermain di kawasan terbuka sejak ia dilahirkan.
Malindi, seekor anak badak sumbu yang lahir seminggu lalu di Zoo Chester, United Kingdom dilihat bermain di kawasan terbuka pada Rabu.
Malindi meluangkan masa hampir sejam berlari, bermain dan berguling di tanah dengan ibunya sebelum tidur.
Anak badak sumbu itu lahir pada 31 Julai di hadapan sekumpulan pengunjung zoo berkenaan.
Badak sumbu hitam Timur disenaraikan sebagai haiwan terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) Senarai Merah manakala pakar percaya kira-kira 650 yang masih tinggal di hutan.
#badak sumbu #Malindi #United Kingdom #Zoo Chester
;