Pihak berkuasa kesihatan di Mali sedang memantau sekurang-kurangnya 43 orang yang pernah berhubung dengan seorang kanak-kanak perempuan penghidap Ebola. Ia kes pertama disahkan di negara itu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini.
"Sejurus kes tersebut disahkan, pihak berkuasa tempatan mula menjejak setiap orang yang pernah mendekati perempuan itu dan neneknya. Kira-kira 43 orang sedang dipantau sekarang ini.
“Seramai 10 orang daripadanya adalah pekerja kesihatan, termasuk mereka yang berhubung dengan kanak-kanak itu di klinik pediatrik,” ujar jurucakap WHO, Fadela Chaib.
Kementerian Kesihatan Mali semalam mengumumkan bahawa kanak-kanak itu disahkan positif dijangkiti Ebola. Pada Disember tahun lalu, kanak-kanak itu bersama neneknya telah melawat Kissidougou, sebuah bandar di selatan Guinea iaitu zon penularan wabak berkenaan.
Guinea, Liberia dan Sierra Leone teruk dilanda wabak tersebut yang mencatatkan sehingga 4,900 angka korban.
Kanak-kanak malang itu disahkan mengidap penyakit itu di sebuah hospital bandar Kayes Rabu lalu selepas jatuh sakit sejak dua hari sebelumnya. Chaib memberitahu, selain usaha pantas mengesan kesemua orang yang telah berhubung dengannya, pihak berkuasa Mali turut menjalankan proses nyahjangkitan di klinik pediatrik tersebut.
Awal bulan ini, WHO menggiatkan usaha menangani Ebola daripada menular ke negara-negara Afrika lain. Tumpuan utama diberi kepada Mali, Ivory Coast, Guinea Bissau dan juga Senegal, yang bersempadan dengan Guinea, Sierra Leone dan Liberia.
Sebanyak 11 lagi negara - Benin, Cameroon, Republik Afrika Tengah, Congo, Gambia, Ghana, Mauritania, Nigeria, South Sudan dan Togo – turut diberi perhatian khas memandangkan rangkaian pengangkutan dan perdagangan dengan wilayah yang dilanda wabak, selain tahap perkhidmatan kesihatan yang rendah.
Senegal telah merekodkan satu kes Ebola yang tidak mendatangkan maut, sementara Nigeria mencatatkan 11 kes dan lima kematian. Kedua-dua negara itu mendapat pujian kerana berjaya mengekang penularan wabak selepas 42 hari bebas tanpa kes baharu.
Walau bagaimanapun, di luar Afrika, negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Sepanyol sudah meletakkan isyarat berjaga-jaga.
AFP
Fri Oct 24 2014
Kes jangkitan Ebola yang pertama di Mali meningkatkan langkah berjaga-jaga di negara-negara Afrika lain. - Gambar Fail
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 janjikan persembahan meyakinkan malam ini
Empat peserta akan mempertaruhkan kombinasi lagu, dinamika persembahan dan interaksi memukau demi memikat hati juri.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
Empat anggota pengaman UNIFIL Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan
KDN cadang RUU tahanan rumah untuk individu direman
Insiden buli UPNM, suspek tekap sterika didakwa hari ini
#AWANInews #AWANIpagi
Empat anggota pengaman UNIFIL Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan
KDN cadang RUU tahanan rumah untuk individu direman
Insiden buli UPNM, suspek tekap sterika didakwa hari ini
#AWANInews #AWANIpagi
ACL2: Muangthong United berpesta jaringan ke atas Cebu
Poramet Arjivirai paling menyerlah dengan jaringan hatrik, sambil Felicio Brown Forbes dan Kakana Khamyok turut hasilkan jaringan berganda.
Terlanggar cermin sisi kereta, penunggang motosikal maut digilis lori
Motosikal yang ditunggang seorang lelaki melalui lorong tengah menghala ke Johor Bahru telah terlanggar cermin sisi sebuah kereta di lorong kanan.
Dua beranak maut ditikam: 'Suspek bukan kekasih mangsa' - Keluarga
Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, suspek bukan kekasih mangsa seperti yang ditular di media sosial.
Trump akan perkukuh hubungan dengan sekutu di Asia Barat, tekan Hamas - Pakar
Presiden Terpilih AS, Donald Trump dijangka akan memulakan pentadbirannya dengan memperkukuh hubungan dengan sekutunya di Asia Barat.
Perancis tuntut penjelasan PSG terkait sepanduk pro-Palestin
Perancis pada Khamis menuntut penjelasan daripada Paris Saint-Germain (PSG), kelab bolasepak terkemuka negara itu, berikutan paparan sepanduk pro-Palestin yang dianggap "tidak boleh diterima", oleh para penyokong semasa perlawanan.
Menteri Dalam Negeri Bruno Retailleau dalam kenyataan di X berkata, beliau meminta
PSG memberikan penjelasan dan kelab-kelab supaya memastikan politik tidak merosakkan sukan, yang sepatutnya menjadi sumber penyatuan.
Menteri Dalam Negeri Bruno Retailleau dalam kenyataan di X berkata, beliau meminta
PSG memberikan penjelasan dan kelab-kelab supaya memastikan politik tidak merosakkan sukan, yang sepatutnya menjadi sumber penyatuan.
Gunung Marapi meletus lagi, penduduk diminta berwaspada
Gunung Marapi di Sumatera Barat kembali mletus dan menghamburkan debu dan batu panas sekitar 800 meter dari puncaknya sejak semalam.
Salji pertama landa wilayah Al-Jawf, Arab Saudi
Wilayah Al-Jawf di Arab Saudi mengalami salji pertama, sekali gus menukar landskap gurun gersang kepada 'kawasan ajaib' musim sejuk.
Fenomena luar biasa itu berlaku selepas hujan lebat berterusan dan hujan batu yang melanda seluruh negara teluk itu.
Fenomena luar biasa itu berlaku selepas hujan lebat berterusan dan hujan batu yang melanda seluruh negara teluk itu.
SIRIM lancar inisiatif perkasa amalan ESG dalam industri
SIRIM Berhad (SIRIM) hari ini melancarkan 'SIRIM ESG Holistic Ecosystem', satu inisiatif yang bertujuan menyokong dan mempercepat amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam kalangan industri Malaysia.
Uganda laksana sekatan perjalanan, perintah berkurung bendung Ebola
Museveni berkata perintah berkurung di laksanakan di daerah berkenaan dari 7 malam hingga 6 pagi waktu tempatan.
Ghana sahkan kes pertama virus Marburg
Virus yang amat mudah berjangkit itu dikatakan daripada keluarga sama dengan virus penyebab Ebola.
Tanzania siasat penyakit misteri ragut tiga nyawa
Gejala penyakit itu termasuk demam, sakit kepala, keletihan dan pendarahan hidung, kata Ketua Pegawai Perubatan negara berkenaan, Aifello Sichalwe dalam satu kenyataan.
WHO mesyuarat minggu depan kaji penularan cacar monyet
Sehingga kini, 1,600 kes cacar monyet direkodkan di 39 negara dengan 72 kematian.
Congo umum berakhirnya wabak Ebola yang meragut 6 nyawa
Wabak itu berjaya dibendung menggunakan vaksin Ebola Merck (MRK.N) yang diberikan kepada lebih 1,600 pesakit dan kontak rapat.
Ebola: 4 dilapor meninggal dunia di Guinea, korban pertama sejak 2016
Insiden kematian itu amat membimbangkan kerana wabak yang muncul semula selepas lima tahun dari 2013 hingga 2016 itu pernah meragut 11,300 nyawa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Februari 2021.
Congo umum penularan semula jangkitan Ebola
Kes jangkitan terbaharu dikenal pastu selepas seorang wanita di bandar Biena wilayah Lubero meninggal dunia akibat penyakit itu.
COVID-19: Afrika berdepan gelombang kedua
Sejak 28 hari lalu, kes dilaporkan meningkat di 19 negara di rantau berkenaan, termasuk Ghana, Kenya, Angola dan Algeria.
COVID-19: WHO tidak akan syor sebarang vaksin sebelum terbukti selamat
Kenyataan menyusul perkembangan terbaharu di mana Rusia dan China mula menggunakan vaksin sebelum kajian jangka panjang selesai.