Malaysia sertai pakatan 34 negara perangi keganasan - SPA
Agensi
Disember 15, 2015 09:49 MYT
Disember 15, 2015 09:49 MYT
Malaysia menyertai pakatan 34 negara Islam yang diketuai Arab Saudi untuk memerangi keganasan.
Penyertaan Malaysia itu diumumkan dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita Saudi Press Agency.
Antara lain, kenyataan menyebut Arab Saudi mengumumkan pembentukan pasukan tentera 34 negara Islam untuk memerangi keganasan.
Ia menambah, pusat operasi bersama berpangkalan di Riyadh bagi menyelaras dan membantu operasi tentera.
Selain Malaysia, pakatan berkenaan turut disertai negara arab lain termasuk Mesir, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Turut serta adalah Turki dan Pakistan selain negara di Teluk Arab serta Afrika.
Iran, yang bermazhab syiah, musuh utama Arab Saudi yang berfahaman sunnah, tidak disebut sebagai peserta.
Ketika ini konflik proksi antara dua kuasa serantau itu merebak dari Syria sehingga ke Yaman.