Malaysia telah menyumbangkan lebih RM900,000 bagi membantu pelarian Syria di Jordan, yang kini berdepan dengan musim sejuk.
Sumbangan berkenaan dijana menerusi Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia (GCWF) dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, Malaysia juga telah memberi sumbangan kemanusiaan seperti selimut dan susu tepung kanak-kanak kepada 100 keluarga pelarian Syria.
Bantuan tersebut disampaikan oleh Duta Besar Malaysia ke Jordan, Zakri Jaafar kepada setiap wakil keluarga pelarian pada 11 Februari yang lalu.
"Program pengagihan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelarian Syria yang lain dilaksanakan di sekitar Jordan bermula pada 13 Feb lalu.
"Kedutaan telah mendapat bantuan daripada Pertubuhan Kebajikan Hashemite Jordan (JHCO) bagi mengenalpasti keluarga-keluarga pelarian Syria yang tinggal di kalangan masyarakat Jordan, iaitu di luar daripada kem-kem pelarian untuk diberikan sumbangan ini," katanya di sini pada Isnin.
Program bantuan kemanusian ini adalah hasil inisiatif penaung GCWF dan Yang Dipertua Bakti, Datin Seri Rosmah Mansor.
Bernama
Tue Feb 16 2016
Program pengagihan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelarian Syria yang lain dilaksanakan di sekitar Jordan bermula pada 13 Feb lalu. - REUTERS/Omar Sanadiki/Fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Black Hanifah kongsi pengalaman menerusi ceramah motivasi
Mendekatkan diri dengan generasi belia Felda dan menyertai jelajah beberapa sekolah sekitar Felda, Black menganggap peluang sebagai satu cara untuknya berbakti kepada masyarakat.
Maklumat autisme boleh dilayari di laman web MIND
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Isnin melancarkan laman web Malaysian Information Network on Disabilities (MIND).