Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali

Hafizi Rosli
Februari 3, 2023 10:50 MYT
Dr Zaliha bersama Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus pada mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO ke-152 di Geneva. - Foto Twitter Noor Hisham Abdullah
KUALA LUMPUR: Buat pertama kali dalam sejarah, Menteri Kesihatan Malaysia mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah, mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO ke-152 yang dipengerusikan Dr Zaliha Mustafa itu adalah mengenai usaha pembasmian polio.
Beliau berkata, virus polio boleh merebak ke serata dunia sekiranya tiada langkah berjaga-jaga diambil.
Sehubungan itu, usaha pembasmian polio perlu lebih mampan terutama kepada negara berisiko.

It was the first time in history our Health Minister Dr Zaliha Mustafa chaired the 152nd WHO Executive Board meeting on poliomyelitis eradication, polio transition planning and polio post-certification. Poliovirus circulation can occur anywhere if we let our guard down. pic.twitter.com/rB7TJm080a

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 2, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mesyuarat tersebut diadakan di Geneva, berlangsung mulai 30 Jan hingga 7 Feb, menghimpunkan 34 pakar teknikal yang bertanggungjawab menetapkan agenda yang akan dibincangkan di Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada Mei.
Perhimpunan Kesihatan Sedunia adalah badan pembuat keputusan WHO, yang bertanggungjawab ke atas dasar, program, belanjawan WHO dan memilih Ketua Pengarah.
Malaysia dilantik sebagai ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021 hingga Mei 2024.
#WHO #Zaliha Mustafa #Noor Hisham Abdullah #Lembaga Eksekutif WHO
;