Malaysia kecam pencerobohan, serangan tentera serta pendatang Yahudi di Masjid Al-Aqsa - Hishammuddin
Bernama
Mei 8, 2021 23:13 MYT
Mei 8, 2021 23:13 MYT
KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram Yahudi ke atas rakyat Palestin dan para jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa pada Jumaat (7 Mei 2021)
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perbuatan zalim itu bukan sahaja perlu dikecam sekeras-kerasnya malah kerajaan Israel mesti dipertanggungjawabkan ke atas pelanggaran hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa.
"Ramai rakyat Palestin yang tercedera dalam serangan itu. Pencerobohan di Masjid Al-Aqsa yang disasarkan terhadap para jemaah yang sedang menunaikan solat di hari-hari terakhir Ramadan merupakan satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam dan nilai kemanusiaan.
Israel Serbu | Sekurang-kurangnya 200 rakyat Palestin cedera
Menurut beliau lagi, Malaysia sentiasa memberikan sokongan padu kepada rakyat Palestin dan perjuangan mereka dalam mencapai kebebasan mutlak daripada penjajahan haram Israel, ke arah pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan garis sempadan pra-1967, dengan Baitul Maqdis (East Jerusalem) sebagai ibu kota Palestin.
#Israel
#malaysia kecam
#serangan
#pencerobohan
#Masjid Al-Aqsa
#penjajah Israel
#Pendatang Yahudi
#Hishammuddin Hussein
#Kementerian Luar