Malaysia antara 29 negara sertai latihan ketenteraan terbesar Asia Pasifik
Astro Awani
Februari 14, 2019 06:48 MYT
Februari 14, 2019 06:48 MYT
Latihan ketenteraan terbesar di Asia Pasifik, Cobra Gold kembali pada membuka tirai dengan penyertaan 29 negara sebagai peserta atau pemerhati.
Objektif latihan adalah untuk meningkatkan keselamatan maritim, mencegah dan mengurangkan ancaman penyakit berbahaya, dan persiapan menghadapi bencana alam.
Latihan ketenteraan antara negara ini memfokuskan kepada tiga komponen utama seperti latihan bidang ketenteraan, bantuan kemanusiaan dan latihan bantuan bencana.
Malaysia antara negara yang turut menyertai latihan ini selain pasukan tentera dari Singapura, China, Jepun, India, Korea Selatan dan Indonesia.
Antara latihan ikhtiar hidup yang mereka perlu jalani adalah memakan haiwan berbahaya termasuk ular dan kala jengking.
Penganjuran tahunan kali ke-38 yang masuk hari ketiga itu dihoskan oleh Thailand dan Amerika Syarikat.
Ia dijadual berakhir pada 22 Februari ini.