Malang Huda dan Fatimah, wajah cacat jadi bahan ejekan
Syria Care
Februari 2, 2019 16:42 MYT
Februari 2, 2019 16:42 MYT
MALANG sungguh dua beradik ini, sudahlah cacat, mereka juga menjadi bahan ejekan.
Umur Huda dan Fatimah masih panjang kerana terselamat selepas rumah mereka menjadi sasaran serangan udara tentera rejim Bashar al Assad.
Namun kesan melecur di muka dan badan, menjadi bebanan kepada mereka.
Dalam usia baru mengenal dunia, kedua beradik ini terpaksa melalui ini semua.