Malala Yousafzai kini graduan Universiti Oxford

Agensi
Jun 19, 2020 20:13 MYT
Gambar Malala Yousafzai sewaktu meraikan kegembiraannya yang berjaya tamatkan pengajian. - Foto/Twitter Malala Yousafzai
PEMENANG Hadiah Nobel Keamanan, Malala Yousafzai, meluahkan kegembiraan apabila berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Oxford.
Yousafzai, 22 tahun, memuat naik satu entri di Twitter pada pagi Jumaat untuk memaklumkan perkembangan terbaharunya itu.
"Sukar untuk mengungkapkan kegembiraan dan rasa syukur saya apabila berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi di Oxford.
"Saya tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Buat masa ini, Netflix, membaca dan tidur," tulisnya.

Hard to express my joy and gratitude right now as I completed my Philosophy, Politics and Economics degree at Oxford. I dont know whats ahead. For now, it will be Netflix, reading and sleep. pic.twitter.com/AUxN55cUAf

— Malala (@Malala) June 19, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia juga berkongsi dua keping gambar, dengan salah satunya memaparkan keraiannya bersama keluarga.
Yousafzai, yang dilahirkan di Pakistan dan merupakan aktivis pendidikan dan hak asasi manusia, diserang Taliban susulan kritikan lantangnya terhadap cubaan kumpulan pengganas itu menghalang gadis-gadis muda belajar dan menerima pendidikan.
Lapan tahun lalu, Yousafzai ditembak di kepala oleh anggota Taliban dalam cubaan membunuhnya, ketika dia hendak menaiki bas untuk pulang dari sekolah.
Dia yang ketika itu berusia 15 tahun kemudiannya dibawa ke Britain dan dirawat di Hospital Queen Elizabeth.
Sewaktu belajar di Oxford, Yousafzai mengadakan pertemuan bersama beberapa pemimpin tertinggi dunia, termasuk bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dan bekas Perdana Menteri Britain, David Cameron.
#aktivis kemanusiaan #Malala Yousafzai #Oxford #Pakistan #pendidikan #Taliban #Universiti Oxford
;