Majlis Ulama Aceh haramkan PUBG

Sinar Harian
Jun 20, 2019 23:54 MYT
Fatwa tersebut telah dikeluarkan di wilayah yang menguatkuasakan undang-undang Islam itu selepas Iraq, Nepal dan negeri Gujarat di India melarang PUBG kerana bimbang ia menghasut keganasan dalam dunia nyata. - Foto pubg.com
Majlis Ulema Aceh mengharamkan permainan dalam talian popular, PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) selepas ia didakwa menghina Islam dan menyebabkan ketagihan kepada pemain.
Fatwa tersebut telah dikeluarkan di wilayah yang menguatkuasakan undang-undang Islam itu selepas Iraq, Nepal dan negeri Gujarat di India melarang PUBG kerana bimbang ia menghasut keganasan dalam dunia nyata.
“Kerajaan tempatan wajar mempertimbangkan larangan secara terang-terangan.
"Fatwa kami menetapkan PUBG dan permainan yang lain sepertinya adalah haram kerana ia boleh mencetuskan keganasan dan tingkah laku seseorang,” kata Timbalan Pengerusi Majlis Ulema Aceh, Faisal Ali.
BACA: Bertuah punya pengantin! Leka main PUBG pada majlis perkahwinan
BACA: 'Nak berumah tangga bukan macam main PUBG tau' - Bella Astillah tegur netizen ajak kahwin
BACA: Kotak menyerupai Kaabah? PUBG akhirnya mohon maaf
#haramkan permainan dalam talian #Indonesia #Islam #keganasan #ketagihan #PlayerUnknown s Battlegrounds #pubg