Majlis pertabalan Raja Charles III pada 6 Mei 2023
Astro Awani
Oktober 12, 2022 09:00 MYT
Oktober 12, 2022 09:00 MYT
MAJLIS pertabalan bagi pemerintah baharu United Kingdom dijadualkan berlangsung di Westminster Abbey, 6 Mei tahun depan.
Kenyataan dikeluarkan Istana Buckingham ketika timbul spekulasi durasi majlis pertabalan itu akan dipendekkan bagi mengurangkan perbelanjaan istana.
Menurut kenyataan itu, upacara berkenaan akan mengimbau 70 tahun pemerintahan mendiang Ratu Elizabeth II.
Majlis pertabalan Ratu Elizabeth II pada 1953 berlangsung selama tiga jam.
Untuk pertabalan Raja Charles III, istana memaklumkan, jumlah tetamu akan dikurangkan dari 8,000 sebelum ini kepada 2,000.
Raja Charles III akan ditabalkan dalam upacara keagamaan yang dijalankan oleh Justin Welby, Ketua Biskop Canterbury.
Pada majlis sama, Raja Permaisuri Camilla akan turut ditabalkan bersama suaminya.
Pengumuman itu dibuat ketika Raja Charles III dan Camilla melawat sebuah kampung di Aberdeenshire, Scotland, pada Selasa, bagi mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas sokongan mereka selepas kemangkatan mendiang Ratu Elizabeth II.