Majlis memperingati Ratu Elizabeth II di St Paul

Astro Awani
September 9, 2022 06:15 MYT
Antara yang hadir di majlis memperingati Ratu Elizabeth II di Katedral St Paul. - Foto REUTERS
LONDON: Kira-kira 2,000 menghadiri majlis perkabungan memperingati Ratu Elizabeth II di Katedral St Paul di London pada Jumaat.
Ia termasuk Perdana Menteri Liz Truss, anggota kerajaan dan orang awam.
Pada penghujung majlis, orang ramai menyanyikan lagu 'God Save The King'.
Bagaimanapun tiada ahli keluarga diraja yang hadir pada upacara di Katedral St Paul.
Namun audio ucapan pertama Raja Charles III kepada negara itu dimainkan dalam majlis berkenaan.
BACA: Raja Charles III perbaharui pengabdian Ratu Elizabeth II, ikrar berkhidmat seumur hidup
Upacara pengebumian akan mengambil masa selama 10 hingga 12 hari selepas Ratu Elizabeth II mangkat.
Hari pengebumian juga akan menjadi cuti rasmi di seluruh United Kingdom.
#Ratu Elizabeth II #Katedral St Paul #Liz Truss #Raja Charles III
;